header image

Catatan Khas dari hati : Pergi………

Posted by: apekejedinyer | October 29, 2009 |

Assalamualaikum w.b.t,

alhamdulillah, selesai sudah segala2nya, buat mereka yang akan grad dari akademi TTS, inilah graduation yang dinantikan, aku tak tau nak cakap aper, sebab aku rasa aku dah buat ayng terbaik, sama macam biler arwah opah aku meninggal, beberapa hari lepas tu baru aku menangis ke beberapa bulan, aku tak ingat, sebab aku yakin, aku telah puas bermanja dengan mereka, itu pandangan aku jer, dan aku dah puas beremo sebelum ni, kini bila tiba perpisahan, aku lepaskan mereka dengan hati gembira, mereka adalah senior2 yang penting dalam TTS :

1.aini

2.nuar

3.zai

4.pojan

5.hel hal

6.izzi

7.din

aku tak pasti sama ada aku nak terbuang air yang menyebabkan aku betul2 tak dapat nak feel malam ni, atau macam yang aku cakap tadi, sebab aku dah puas bermanja dengan mereka semasa berada di atas pentas, dimana pandangan aku bonding itu benar2 berlaku, bukan ditempat karok, bukan di air terjun, atau di hotel (eh?) atau di mana2, tapi dipentas, dan semuanya atas rancangan Allah S.W.T yang aku masuk UTP dan aku kenal TTS dan aku kenal mereka semua ini, yang terlalu banyak menyumbang, bagi aku, batch ni antara yang betul2 dekat dan rapat dengan aku……..

1. aini

aku mula2 kenal biler audition, dengan memakai songkok, aku diinteriview oleh aini, satu part, satu part aku habiskan, dan disebabkan aku takbiasa dengan first time bersama diorang, secara main2 aini menghulur tangan, dan aku pun hampir2 tertipu dek sebab kebangangan aku dihadapan orang buat pertama kali bersua, aper yang aku boleh describe tentang beliau, aku rasa dia orang yang kedua terpenting dalam TTS selepas doc, bukan lah aku tak approve advisor yang lain, tapi aku bercakap tentang “making the show’s a real thing” - wise, aku tak tau braper banyak kali dier mencarut dalam hati dek sebab bebanan kerja yang terlalu banyak, of coz kadang2 dier rasa dier jer yang leh buat semua bender sebab yang lain susah nak harapkan pun, terutama aku yang so-called SU 1 ni, memang patut pun kalau dier nak mengamuk atau aper2 sebab kerja2 surat menyurat atau aper2 jer la, public relationship, semua dipegang oleh dier, dan aku tak habis2 berkata dalam diri aku….

“cabaran utama TTS adalah bila bergerak tanpa Aini”

tanpa doc, still ok lagi, sebab aini dah pegang beban tu, lepas dier takder, mampu ke kiter nak buat bender lain? aku seperti biasa adalah orang yang akan rasa kapal tu akan karam, walaupun Titanic terjumper iceberg dalam jarak 10 batu ke depan, namun aku yakin, bahang2 aini, pasti dirasai oleh semua orang, dan insyaallah, HiCom akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali, dan aku harapkan lebih baik, walaupun itu hanya theoretically jer……….

terima kasih atas penat jerih ko aini, tak dapat aku ungkapkan lagi kat sini, aku tak dapat bayangkan bebanan yang ko lalui semasa bersama kitorang yang malas2, dan aku yakin ko akan berjaya sebagai manusia dimasa depan, amin…….

2. nuar

first time aku jumper dier juga masa audition, dan dierlah satu2nya insan yang tak habis cakap yang aku ni bagus, walaupun tak bagus mana pun, aku dapat rasakan TTS akan jadi bosan sebosan2nyer lepas nuar takder, takder lagi lawak spontan dari nuar yang sering jadik bahan ketawa masa trening, yang kadang2 terbawak2 oleh aku sampai luar trening, setiap inci pergerakan nuar aku nak tergelak, tak perlu lagi dier buat lawak, selain dari atul yang leh buat lidah kerang, dan doc yang punya lidah yang panjang, nuar tersenarai dengan fleksibelnyer badan dier, walaupun begitu, nuar adalah seorang yang sangat matang, dan selalunyer tak segan menegur budak2 TTS yang berperangai macam haram, dan tak lokek nak cakap terima kasih terutama time trening, biler lepas habis trening, dan yang pasti aku akan merindui suara nuar yang akan mengucapkan terima kasih selepas habis trening. Disebabkan adik beradik dier banyak pompuan (mungkin semua kot) hence, nuar adalah seorang yang sangat penyayang dalam TTS, teringat aku biler dier tepon aku pas aku baru eksiden, sedangkan aku tak bagitau dier pun, dan sanggup datang dari utp untuk cari aku kat hospital changkat melintang, walaupun aku dah keluar dari hospital tu, terima kasih atas kasih sayang ko nuar, aku tersangat sayang kat ko, terima kasih sangat2 atas lawak2 ko yang tersangat klaka, aku tak pasti aku mampu ketawa dalam TTS selepas ko takder, terima kasih segala tunjuk ajar ko terutama dalam mime yang aku baru nak minat, ko memang best la nuar, takder kata2 lagi yang aku boleh ucapkan untuk ko, dan aku kehabisan ayat untuk memuji ko atas aper yang ko dah lakukan untuk TTS dan untuk aku secara peribadi, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku dan TTS……….

3. zai

er….aku cuba nak cakap sumthing pasal zai,walaupun aku tak braper kenal zai, sebab aku baru jer betul2 in contact dengan dier satu atau dua sem ni, sebelum ni aku cuma pandang dier sebagai management jer, yang aku susah nak rapat, biasalah aku ni macam anti - social skit, so disebabkan zai memang berhati panas (warm hearted) so aku susah nak dekat, namun, pengorbanan zai dalam management tak leh disangkal, setiap inci pergerakan dier memang sangat membantu TTS, macam umang2 dengan aper ntah tu, zai dengan aini memang tak dapat dipisahkan, dimana ada aini, zai ader la dekat situ, dan memang ironic kan, aini, bermula dengan hurup A, zai bermula dengan Z, ya mereka adalah permulaan dan pengakhiran sesuatu perkara dalam TTS, tak nah miss jadik front house, zai banyak membantu terutama dalam kerja2 front of house, segala idea2 dier aku sangat hormati dan kehadiran dier memang banyak meringankan terutama actors yang kerjanya hanya berlakon, tanpa zai, tak cerialah front of house, bayangkan biler show stat, zai dok sorang2 kat luar, jaga tiket dan menunggu tetamu yang datang, aku dapat rasakan kebosanan zai biler dier bercerita betapa bosannyer dierĀ  menunggu show sambil tu gi merapek kesana kemari, termasuk la bermain dengan cermin taman budaya perak untuk menghilangkan kebosanan tahap cipan atuk gaban, sekali lagi, tanpa zai, front of house akan terbiar kosong, dan aku tak pasti sama ada lepas ni ada orang yang setabah zai untuk duduk dan menunggu sebagai front of house yang tugasnya nampak remeh, tapi banyak membantu dalam show, terima kasih atas segalanya zai, aku mungkin akan perhatikan kerusi front of house setiap kali stat show, tempat yang ko penah isi, terima kasih kerana terbang jauh dari sabah, untuk bertemu kami, TTS, dan segala pengorbanan ko, tak dapat aku ungkapkan dalam kata2, cuma terima kasih dan salam sayang dari aku untuk segala pengorbanan ko…….

4. pojan

aper yang aku perlu describe pasal pojan? dier adalah insan yang digosipkan dengan doc, walaupun secara peribadinya, bagi aku dier tak sekotor seperti yang diumpatkan, dan dia antara kain putih yang mewarnai TTS, aku tak pasti aper harapan pojan terhadap aku, tapi biler aku dier berkata “tolong tengok2kan budak2 ni”, aku cuma teringat satu perkara, iaitu, untuk memastikan TTS berada di landasan yang betul, sebab TTS tak macam group2 lain, dan group2 lain tak sama dengan TTS, dan tagline “perjuangan seni hanya untukNYA” memang kena dengan peribadi pojan yang sentiasa tenang, dan tak gelabah dalam aper jua keadaan, aku rasa biler kapal nak tenggelam, pojan adalah orang yang paling bertenang antara semua orang, budak tahun lompat, january intake, pojan memang layak dapat title budak january dan budak lompat disebabkan pemikirannya yang bagi aku jauh terlompat berbanding usia, berbanding ahli2 TTS yang lain, jarang ada ahli2 TTS yang matang macam pojan, dan kehadirannyer adalah bagai otak logik yang memberitahu badan biler ader kesilapan yang dibuat oleh badan, dier sangat mesra dengan semua orang, jika budak2 TTS yang baru masuk, tak kenal saper2 pojanlah orang pertama yang diorang kenal, sebab dier sangat peramah dan mudah mesra dengan orang, dan dier tak lokek dengan senyuman dan salam, setiap patah perkataannya dimulakan dengan nama Allah, dan setiap patah ucapannya tak lokek dengan puji - pujian terhadap Allah yang menyedarkan aku betapa aku selalu luper kat Allah dan kehadiran pojan dalam aper2 jua sesi bersama TTS menyebabkan aku teringat yang kita berjuang untuk siapa sebenarnyer? dan aku takut, dengan pemergian pojan, kesedaran tu akan hilang dari TTS, dan aku harap, aku buleh mengambil peranan itu seperti yang telah diungkapkan oleh dier tadi, dan aku harap2 dier masih lagi menjenguk kami dari masa ke semasa, kerana aku bimbang kot2 ader yang terlepas pandang, terima kasih banyak2 pojan, ko antara orang yang buleh aku berkongsi masalah, walaupun aku tak nah kongsi betul2 disebabkan kematangan ko, yang aku rasa jauh lebih matang dari aku sendiri, dan moga2 ko sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan dalam pelbagai urusan terutama biler ko bekerja dengan baker - hughes nanti, insyaallah, sekali lagi, rajin2lah tengok2 kami, dan rajin2lah menegur aku seperti selalu, kalau ada salah dan silap, dan seperti mereka yang lain, aku juga sayangkan ko……..

5. Hel Hal

aku tak braper kenal sangat hel hal, tapi aku respek sebab dier akhirnya sanggup bersama kami, TTS selepas berada dalam bayang2 menyokong TTS dari belakang, dalam setiap show TTS, tak pernah miss aper2 show TTS, hel hal boleh dianggap peminat nombor satu TTS yang akhirnya berjaya juga mencapai cita2 bersama kami, namun, masa dirasakan terlalu singkat untuk aku mengenali insan yang berasal dari penang ni, memang lemah lembut orangnyer, juga tak lokek senyuman, dan dia juga mudah mesra, walaupun baru masuk sem ni, tapi dier dah kenal semua orang, dan juga berjaya menyentuh hati aku yang baru saja nak kenal dier, dan aku pasti, dier akan terus menyokong TTS walaupun dah tak join, kerana saper lah jasad tanpa bayang, siapalah TTS tanpa peminat, siapalah kami tanpa hel hal, terima kasih banyak2 kat ko atas pengorbanan yang terlalu besar dengan datang ke show kami yang kadang2 hampeh nak mampus, takder kater2 yang mampu aku ucapkan sebab aku memang takder idea dan blur tengah2 malam buta nak dekat pukul 2 ni, ho ho ho, juga kepada ko, aku juga sayangkan ko, dan aku tengok ko sebagai abang dan juga kawan kepada TTS…….

6. Izzi

kehadiran izzi dalam TTS menyebabkan aku rasa aku bukanlah satu2nya orang yang over dalam TTS, dan izzi memang melengkapkan TTS dan mengisi tempat peranan budak poyo dalam TTS, namun aku pasti, itu cuma menyembunyikan sifat sebenarnyer yang aku respek nak mampos, walaupun kat atas pentas dier meroyan dan menggelupur giler2, tapi biler dikenali insan yang berasal dari muar johor ni, dier seorang yang sangat bertenang dalam kerja, sangat fokus, dan pandai berjoget, komitmen dier terhadap tarian tak membuatkan dier luper pada TTS, ada jer nampak muker Izzi dalam function TTS, jarang miss, kalau tak berlakon, dier akan menyokong, even haritu secara terpaksa ke Kuala Lumpur temankan pojan yang datang pasal nak support kitorang, aku tak braper kenal sangat Izzi, sebab jarang dapat bersembang, namun dalam poyonya itu, dan dalam royannya itu, dier seorang yang sangat matang dan kata2nya dalam heart to heart session memang berguna bagi yang terlepas pandang terhadap beberapa perkara, dan aku hanya dapat kenal dier masa FTP, aku ingin lagi kenal dier, tapi disebabkan batch tak samer, menyebabkan susah nak berbual dari seorang lelaki kepada lelaki lain, seorang yang tersangat peramah, keramahannya berada di tangga kedua selepas pojan, dan kalau ader aper2 masalah, nak mintak tunjuk ajar, cakap jer kat izzi dan mintak pandangan dier walaupun aku tak nah buat, segan pulak rasanya, namun yang pasti, ketika orang lain tensi2, izzi adalah satu2nya orang yang mampu tersenyum, errr……..selain dari pojan, ho ho ho………

7. din

aku kenal din dalam frenster, biler dalam group kat frenster, din selalu bagi komen, yang masa tu aku tak kenal langsung, disebabkan dier berada kat aussie dalam student exchange program, juga berasal dari johor, sangat emo dan fius dier sangat pendek, so jangan memain la dengan dier, kalau mood dier ok, baguih ler tu, kalau dah stat buat muker, jeritan dier la yang mengingatkan aku pada doc, seorang yang sangat free iaitu sangat percaya pada diri sendiri, lantak la orang nak kata aper, din punya pendirian sendiri dan tak suker mengikut kata2 orang lain kalau dier rasa tak logik, antara values yang aku respek pada dier, betul2 kenal dier masa pementasa transit, yang aku sangat sukakan makeup din masa tu sebab memang menjadi walaupun dier tersilap que yang menyebabkan usop takleh nakfeel dan mengamuk pas habis show, pernah kena eksiden dulu, tapi disebabkan aku tak braper nak kenal dan jimat duit punyer pasal, (hambik ko, kan aku ni selfish nak mampus), aku tak gi la menjenguk dier, namun dalam 2,3 sem ni, aku bersama din, dia merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab, cumanya, janganlah cari pasal dengan dier, kalau dier dah stat emo, anak menteri ke, sultan ke, pedulik aper dier, namun aku tahu, dier emo kerana satu, sebab jiwanya yang lembut, dan malam ini, aku tahu, dalam banyak2 budak TTS, dinlah yang paling lembut hatinya, bagi yang saper dah kenal din, akan tahu yang dier ni sangat best orangnyer, dan sangat seronok untuk berbual, dan juga peramah teringat aku biler dier tegur aku pasal aku tak bercakap2 aper pun masa mula2 datang trening untuk the shark attack theatre tour, aku sangat respek ko din atas kerjasama yang ko bagi dan masa yang ko luangkan untuk TTS, aku sentiasa menyayangi ko seperti seorang adik yang menyayangi abangnya, walaupun aku tak pernah heart to heart session dengan dier secara berdua, namun aku dapat rasakan, yang dier anggap semua budak2 kat TTS ni macam adik beradik dier juga, dan aku dapat anggap, kami adalah satu2nya kawan sejati untuk din, din, emo ko tu akan aku kenang sampai biler, dan akan merinduinya biler ko dah takder nanti………….terima kasih sekali lagi untuk segalanya

aku dah ngantuk nak mampus, esok ada 3 test, tapi aku tak kisah, sebab malam ni memang best, dan aku tak sedih malam ni sebab aku pasti kita berjumpa lagi, tapi satu saja yang aku pohon, agar kita semua boleh bertemu lagi di akhirat kelak, dan bergurau senda seperti biasa di taman syurga, marilah sama2 berusaha untuk menuju ke arah itu dan berharap agar diri diberkati dan dirahmati dan diberi petunjuk jika benar tersesat atau tersalah jalan, terima kasih pada semua senior yang akan grad….

maafkan salah silap aku, kot2 ada tergurau lebih, terlebih makan, atau ter aper2 jer, hanya sebab aku adalah manusia, dan aku juga maafkan korang kalau ada salah aper2, kerana itulah manusia, sering lupa dan haris diingatkan selalu supaya taklah lupa selalu….

AKU SAYANG KAMU SEMUA!

Jumpa lagi di masa akan datang………

under: Uncategorized

Responses -

sayang aku ke? trima kasih daun keledek~ haha

semua aku sayang, tak semestinya spesifik pada insan tertentu ja….ho ho ho….

wahh~ sayang kamu juge ye SEFA! haha..thanx 4 everythg! weee~ =p

samer2, seb baik aku cakap sayang kat semua orang jadinya……ho ho ho………

sefa.. aku paling suka watak polis dalam bukan cerita Palestin.. timekasih sbb aderkan watak mcm tuh untuk aku..

samer2, aku memang intentioanally buat watak tu sempena ko, dan terima kasih kerana memenuhi impian dan imaginasi aku dengan manzahirkan watak tu, aku enjoy sangat2, ia seperti yang aku angankan…..

terima kasih sefa~

same2 kasih…..

Leave a response -

Your response:

Categories