header image

Roh apa dalam seni kau?

Posted by: apekejedinyer | November 22, 2009 | No Comment |

roh apa dalam seni kau?

kosong?

seni?

seni dan juga putih?

seni dan juga hitam?

atau 2-2 sekali?

aku cuba menginterprate dan memasukkan roh putih dalam seni aku, walaupun susah, tapi aku perlu cuba, kadang2 macam terlalu kosong seni aku, tanpa apa2 maksud, mungkin juga nampak seperti sekular….

dan aku makin jelik dan muak dengan seni yang menunjukkan hitam, perlu ke?

kenapa tak masukkan warna lain untuk menyamakan hitam tu? walaupun tak sama, tak apalah, yang penting mereka tahu itu warna yang gelap, walaupun bukan hitam…..

perlu

perlu

putihkan jiwa

putihkan seni

seperti bayi

yang perlu ditunjuk adalah putih

mari pulang ke putih

jangan kembali ke hitam

walaupun tak ada hitam

jangan ditenung lama

cukup sekadar melihat

jangan dihayati

nanti bahaya

jadi apa roh seni kau? masukkan putih dalamnya, jangan hitam, masukkan jiwa ke dalamnya…

penat

penat

penat

seni yang hanya seni

seni tanpa jiwa

seni tanpa putih

seni yang tunjuk hitam

mana pejuang seni putih

kerana putih itu jalan asal

kerana putih itu tempat kita pergi dan datang

mari ke jalan putih

mari

aku ajak ni

mari

kerana aku pun nak kesana

mungkin sesat dalam perjalanan

tapi aku akan terus mencari

roh

untuk masuk dalam seni aku……..

under: Uncategorized

8

Posted by: apekejedinyer | November 22, 2009 | No Comment |

Assalamualaikum w.b.t,

dah habis exam, pasni aku akan berintern 8 bulan di sony bangi, membawa diri aku jauh ke sini, dan aku akan duduk kat rumah abang aku di nilai, 15 minit dari bangi,bertemankan shogun aku, insyaallah, aku akan berulang alik ke bangi setiap hari, dah calculate dan approximate, insyaallah, aku buleh larat untuk tampung duit minyak dan dalam masa yang sama mengumpul duit untuk kegunaan masa depan….

aku dapat rasakan kehidupan bosan aku juga akan bersambung disini, tak banyak beza, pegi kejer, balik kejer, macam tulah aku diperhambakan oleh sistem kapitalis ni, tak terdaya aku menentang mereka, buat masa sekarang ni takperlah, kasi diorang menang dulu, aku mungkin dah biasa, sebab kat utp pun life aku macam ni gak, gi kelas, balik kelas, mungkin bezanya adalah gtalk menemankan aku untuk aku skodeng kenalan2 aku, cuma kat sini nak mengharapan belas ihsan abang aku untuk meminjamkan broadband wireless dier yang susah nak dapat coverage kat sini, tapi takperlah, tak penting pun, kalau kat utp mungkin betul2 berguna untuk nak buat kerja, kat sini guna nak buang masa jer, dan aku akan ditemani oleh gitar dan juga senarai game2 yang leh aku habiskan untuk 8 bulan ni…..

aku masih lagi kagum dengan gulliver’s travels, dan mungkin akan buat adaptasi suatu hari nanti, sekarang ni nak interprate dulu, tinggi sangat sasteranya……

apa kaitan ahli sihir yang suka belajar dengan memanggil tokoh2 lama melalui cermin?

apa kait perempuan buta dan kehidupan yang abadi?

apa kaitan kerajaan langit dan raja yang bodoh dan bertenang tapi ada banyak ilmuan?

apa juga kaitan pada pemikir yang dianggap gila?

apa kaitan gulliver cuba memberitahu pengalamannya tapi tak ada siapa yang memahaminya?

aku cuber interprate satu2, tapi sungguh tinggi sasteranya, jadi aku decide nak beli buku cerita dia, original printing, takder simplified, dan cuba interprate satu persatu ceritanya, maksudnya, yang tersirat dan tersurat, mungkin ini antara assignment aku dalam 8 bulan ni, sambil2 study juga bangsawan dengan pegi menonton bangsawan sinbad dengan adik dan kakak aku nanti insyaallah, berserta juga usop, pasangan seni aku…..

maka aku tegaskan sekali lagi…

TUTUP KEDAI!

ya, tutup….

supaya dapat direnovate dan dibaik pulih,

terdapat banyak lubang2 cacat dikedai ini,

tunggulah, satu hari nanti akan terbuka…..

tapi aku tak boleh deny, dalam kata tutup, aku jenguk2 juga kadang2, nak buat macamner, aku cuma manusia yang lemah imannya, salah satu cara adalah dengan memperkasakan iman aku, dah terlalu banyak aku terjatuh atas kaki sendiri, tapi tak bermakna aku tak dapat bangun, walaupun tanpa kaki dan tangan jua…..

kenapa aku beriya dan insist untuk duduk berseorangan?

sebab nak kuatkan diri aku, dan kalau boleh menjauhkan diri aku dari segala macam ubat tahan sakit yang ada kat sekeliling aku, kebergantungan aku pada mereka tak dapat menguatkan aku, bak kata orang, kubur masing2, masa tu nanti sorang2 jugak, dah tua, katakan anak2 dah besar, isteri dah takder, sorang2 gak, so kenapa aku tak cuba sekarang? at least aku tak rasa sunyi sangat bila betul2 aku sorang nanti, and since sekarang pun ada ubat yang terhenti seketika preskripsinya, jadi aku gunakan peluang ini untuk lari dari semua preskripsi tersebut, semata2 untuk menguatkan antibodi aku, aku percaya, akan ada hasil nanti, insyaallah…….

dan orang mungkin kekok bersendirian, aku juga kadang2 begitu, tapi da biasa, sebab aku tau, mereka tak akan mampu bersama aku 24 jam, dan kadang2 aku mengharapkan mereka dapat temankan aku 24 jam, itulah yang jadi punca konflik, teringat masa keluar buat kali terakhir  dengan budak2 TTS, terasa aku yang banyak cakap, dah lama tak cakap kot, mungkin sebab tula, abang aku pun diuji begini, duk kat tempat jauh2, mungkin sebab Allah nak uji dia, dan nak upgrade ketahanan dia, jadi aku juga cuba jadik macam tu, aku mula ditinggalkan sedikit demi sedikit masa aku sekolah menengah, masa kakak aku betul2 perlukan perhatian mak dan abah, aku tak pernah kisah pun, sampaikan aku nak spm lagi 2 minggu pun mak aku tak tau, dan mak aku minta maaf, aku bertanya dalam hati…

“untuk apa?”

no big deal pun, kakak aku lagi perlukan mak dan abah, setakat kena tinggal tu biasalah, kalau tak, aku tak belajar berdikari, basuh baju, masak  sendiri, walaupun goreng telur jer,

jadi untuk menguatkan diri aku, aku cuba balik juga ke rumah masa sem ni, tatkala mak abah aku tak ada kat rumah, ada kat nilai, dan aku nak biasakan keadaan tu, alhamdulillah, lama2 aku jadi lebih kuat, dan mak abah aku dapat tengok yang aku tak ada masalah sangat dan boleh buat kerja sendiri,

ya lah, dalam hati kadang2 perlukan perhatian, tapi aku tak nak besar2kan perasaan tu, sebab orang lain lebih perlukan perhatian, kenapa aku perlu menagih2 dan buat muka tak malu? aku bukan budak kecik lagi dan aku agak terhari biler abah cakap macam ni masa nak belikan gitar dan kasut untuk aku….

“ye lah, anak2 lain mintak macam2, kamu jer tak ada, tak apalah abah belikan ni…”

nak menangis pun ada, sebab mak abah dah percaya yang aku leh berdiri sendiri, semua ini anugerah Allah, kalau aku diuji macam adik beradik yang lain, mungkin aku juga akan jadi macam mereka, mungkin lebih teruk, kadang aku terasa macam ada lingkaran suci yang melindungi aku dari dugaan2 seperti adik beradik lain, menyebabkan aku rasa, watak aku sekarang ni adalah sebab aku nasib baik jer, kalau mereka cakap aku matang dan boleh diharap, mungkin sebab aku tak diuji seperti mereka…

firman Allah :

“bagaimana kamu mengaku beriman sedangkan kamu belum diuji?”

terdengar kata2 adik beradik aku…

“kakde rasa ko lagi matang dari abang2 yang lain…” (kakde)

“ngah rasa boleh harapkan ko dari yang…” (ngah)

“yang tu susah, ngah ok sikit, tapi kamu lagi senang nak cakap…” (abah)

dan juga beberapa kata2 yang aku tak ingat tapi lebih kurang sama……

namun aku dientitled begini sebab aku menjalani kehidupan yang agak normal berbanding adik beradik lain, tak ada dugaan yang berat2 sampai masuk kes polis, tak ada kena gangguan, belajar semua dekat dengan rumah, kehidupan sosial ketika aku membesar tak ada masalah sangat, in fact TERLALU tak ada masalah sampaikan aku tak boleh duduk rumah sangat masa tu, namun kalau aku diuji seberat mereka, belum tentu aku boleh bertahan macam diorang, betapa toughnya adik beradik aku, walaupun aku macam lebih normal dari diorang, tapi diorang lebih tough, aku kena masalah perasaan skit dah nak nangis, tapi diorang lebih dari tu, fizikal dan mental diorang diuji teruk2, jadi aku hanya bernasib baik dengan segala anugerah ini, terima kasih pada Allah….Alhamdulillah…….

mungkin juga aku dipilih supaya ada adik beradik yang rational dan mampu mambantu adik beradik yang lain, kalau tak banyak mungkin sikit jer pun dah ok……jadi….

APA ISU SUNYI?

APA ISU HATI?

DAH TUTUP DAH WEH!!!

tempatku sekarang dengan DIA, dengan famili, kawan2 leh masuk kalau naklah, aku tak paksa pun dah paham sangat dah, dan juga dengan SENI!

bila berbicara tentang seni, aku dapat lihat 30 taun, kepala aku botak, aku berjambang dan tampak sedikit serabut, masih bujang dan macho…….(kalau mak abah aku tau, tak dibaginyer dier aku hidup macam ni)

barangkali sunyi itu perlu,

barangkali berseorang itu penting,

kalau semua nak berteman, sampai bila kau dapat jumpa DIA?

moga2 aku diberi kekuatan untuk berkasih dan bercinta kepadaNYA dengan cinta yang tulus dan tak terbanding dengan apa2 pun…….

under: Uncategorized

Aku membenci : Killing is my business…..

Posted by: apekejedinyer | November 20, 2009 | No Comment |

teringat aku biler aku berchatting dengan kakak aku aritu……

“ko benci semua bender gadek….”

masa tu mood aku tak braper betul, semua bender tak kena, tapi seb baik la aku lepaskan kat berchatting, kalau aku lepaskan depan2, lagi la teruk jadinya, dan malam tu kakak aku plak jadi mangsa, salah timing kot, takperlah, lain kali aku cuber meletup sengsorang, senang skit, takder saper kena das2 peluru aku, bak kata orang, kang ada yang mati pasal frenly fire….

jadi aper yang aku nak cakap kat sini?

samala macam kat dalam title, ya, sekarang aku dapat rasakan aku menjadi seven dwarf yang nama grumpy tu, semua bender aku nak salahkan, oh bukan, zaman menyalahkan aku dah habis, tapi sekarang zaman aku marah, marah pada banyak benda kat sekeliling, marah kat ahli politik, marah pada hipokrit, marah pada mereka yang tak dengar suara aku, marah pada yang tak pedulikan aku walaupun aku tak peduli pada mereka yang peduli, tu sebab aku lebih suka menyendiri sekarang, duk kat dalam bilik dan kunci, kadang2 sampai kawan2 aku pelik, ingatkan aku dah balik, walhal ada kat dalam bilik jer, malas nak keluar bertemu manusia, aku dah macam nak sampai tahap MISANTHROPY dah, walaupun tak sampai lagi, tapi adalah sikit2……..

so korang nak lari dari aku?

benci aku?

tak suker aku ada kat korang?

AKU PEDULIK APER!

zaman berjiwang2 aku dah tamat, skang aku nak mengamuk sepuas2nya, tu sebab aku melayan lagu2 megadeth dan alice in chains, bukan aku tak layan jiwang sekali dua, ada, bukan aku tak menangis, dan meratapi hati aku, bukan, cuma sekarang, aku nak cuba kuatkan diri, dan cakap pada diri….

tak apa kalau orang tak hirau kewujudan ko”

” tak apa kalau diorang buat  bodo jer dengan ko walaupun ko dah buat macam2″

“tak apa kalau diorang tak pedulikkan pun”

“ataupun ko ambik kira pasal diorang tak pedulikkan ko sekejap, walaupun diorang takder niat macam tu pun…”

sebab kadang2 aku jadik terlalu sesnsitif hampir setiap perkara, so aku nak kurangkan sensitif aku dengan buat2 tough, dengan harapan, yang aku betul2 jadik tough nanti, mungkin, dan aku harus terus mencuba, sebab aku dah masuk alam 20an, skit lagi nak menuju era kedewasaan, perlu menguatkan diri aku sendiri, kuatkan diri, kuatkan diri, kuatkan diri,

dan matangkan diri, matangkan diri, matangkan diri…….

wallahualam…..

under: Uncategorized

Teruskan kayuhan!

Posted by: apekejedinyer | November 16, 2009 | No Comment |

pasang lagu kekasih gelapku, aish, tetiber berjurai air mata aku keluar, camner la nak study vibration nih, tetiber keluar pulak turn lagu sorafune dari band jepun nama TOKIO yang jadi theme cerita My Boss My hero, citer dier best, lagu pun mantap, tambah plak citer drama tu pasal orang bodoh bersungguh nak blaja, lagilah aku semangat, tu lah orang jepun, tak kisah diorang jatuh braper banyak kali, diorang tetap bangun dengan bersemangat, satu contoh yang baik, yang leh kiter jadikan tauladan, aper2 pun dengar lagu ni, konpem korang bersemangat balik, insyaallah……

Sorafune (Airship) - TOKIO

sono fune o koide yuke omae no te de koide yuke
omae ga kiete yorokobu mono ni omae no ôru o magaserana
sono fune wa ima doko ni furafura to ukande iru no ka
sono fune wa ima doko de boroboro de susunde iru no ka
nagasaremai to sakarai nagara
fune wa idomi fune wa itami
subete no suifu ga osore o nashite nige satte mo
sono fune o koide yuke omae no te de koide yuke
omae ga kiete yorokobu mono ni omae no ôru o magaserana
sono fune wa mizukara o sorafune to wasurete iru no ka
sono fune wa maiagaru sono toki o wasurete iru no ka
chihei no hate suihei no hate
sono ga fune no ririku chiten
subete no minato ga akari o keshite damarikon demo
sono fune o koide yuke omae no te de koide yuke
omae ga kiete yorokobu mono ni omae no ôru o magaserana
nani no shiken no jikan nanda nani o sabaku hakari wa kari nan da
nani o neratte tsukiaun da nani ga fune o ugokasun da
nani no shiken no jikan nanda nani o sabaku hakari nan da
nani o neratte tsukiaun da nani ga fune o ugokasun da
sono fune o koide yuke omae no te de koide yuke
omae ga kiete yorokobu mono ni omae no ôru o magaserana
sono fune o koide yuke omae no te de koide yuke
omae ga kiete yorokobu mono ni omae no ôru o magaserana

Translation

*Sail, oh ship, may you keep sailing ever onward
Row, oh ship, with your own hands keep moving forward
Don’t entrust your ever so precious oars
Into the hands of tho~se who will rejoice when you are gone.

There used to be a ship
The one that seems to float
Unsteady in the wind
I wonder where she now is roaming
Oh the ragged sails
Of that haggard boat
How far can she get
Where now is her destination

Vowing that she’ll not give in
She sails against the wind
Challenging the elements
Filled with pains of battle
Even if all, of her crew, have given into fear
And they have fled from her.

Rpt *

Has that weary ship
Forgotten what she is
That not of the sea
No, but of the sky she was made
Does she still recall
That time drawing near
Does she know the day
When she’ll have to fly away~

On the edge of the earth
The place of the horizon’s birth
That is where she will cast off
That will be her final port
Even if all, the ports of the world, have now gone still
and all the lights are gone.

Rpt *

What’s the test that now approaches?
What will the scales be judging?
I wonder what’s her final heading?
I wonder what force keeps her moving?

Rpt *

dengar lagu ni serius nak menitik air mata aku sebab spirit lagu ni yang begitu bersemangat skali, aih, memang terharulah tengok citer dan lagu ni, try la dengar, sangat direkemen oleh aku terutama tengah2 study!

under: Uncategorized

Jua bergetar…..

Posted by: apekejedinyer | November 16, 2009 | No Comment |

dalam keletihan malam, aku bercekang mata menyelamatkan masa depan…..

mungkin ada kau bersamanya…

mungkin tidak……

kenapa aku berfikir begini?

kenapa aku beraharap begini?

kerana bagai perkara objek dalam dunia ini,

aku jua bergetar,

namun tak ku pasti, first mode dan second modenya,

juga tak ku tahu responnya……

ingin jua ku tingkatkan stiffness atau mencari damping bagi mengurangkan getaran ini, moga2 cintaku padaNya melebihi segala perasaan ini,

aku jua takut mendeharkai padaNya walau sedetik,

walaupun aku sedetik tak menghirau ketika melakukannya,

ah…..

malam ini tiada sang bulan,

hanya bintang yang bersinar malap

dilitupi awan agaknya,

bagaimana dengan sinar hati padaNya?

aku masih mencari kekuatan,

supaya bila bertemu kau, aku dapat bertahan untukNYA,

segala jerit pekik yang kecil dan yang besar dapat aku tahan untukNYA,

jua untuk kita,

untuk kita,

aku pandang bintang,

mengharap agar kau jua memandangnya,

dan mengharap kita kan bertemu nanti,

mungkin tidak, mungkin kau tak wujud sama skali,

dan jika itu takdirnya, aku terima,

jika ia bukan, maka aku jua terima,

itulah makna cinta padaNYA,

kau bercinta, cinta….

bukan bercinta cinta…….

hati tak mampu untuk mengelak, untuk mengetahui,

adakah kau tidur malam ini,

atau kau bangun pukul 1 nanti, berjumpaNYA,

menangisi dosa lalu……

apakah kau jua ternanti jalan kita bertemu,

aku tak pasti,

dan tak tahu,

dan kalau mampu, tak nak tahu…..

kerana…….

ah…

terang, terang terang,

tak mampu aku berselindung disebalik kata….

kau tafsirlah getaran ini,

aku berhadapan dengan getaran esok petang….

dan aku tertanya……

apa kabar kau nanti……

under: Uncategorized

Older Posts »

Categories